Thursday, November 15, 2012

~SemaLam.. Hari Ini.. & Esok...~

16/11/2012 - 5.29am
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Semalam...
selesai urusan dengan Durian Crepe itu, aku hanya dok berteleku di dpn tV.. Melayan cenel cenel astro yang pd aku hampehh jer la nih cerita2nya..
Kenapakah dimasa2 aku betoi2 ada masa dan kesungguhan utk menonton tV, mustii takdak cerita yang beshh?? huhhhh..
Tak sudah, ku layan saja ler novel yg dipinjam dari mek jah itu.
Namun... konsentrasi tidak sepenuhnya disitu...
Sebahagiannya menerawang jauhhh dan semakin menjauhhh...
Terkenang sana sini... Teringatkan itu dan ini...
Banyak perkara tak semena mena meminta ruang utk bertamu dalam ingatan dan otak yang kapasiti muatannya tak cukup lebaq inii...
Sungguh... tiba2 terasa seolah olah kesayuan itu bergayut gayutan di tangkai hati ini ibarat monyet2 liaq bergayutan dipokok pokok kt taman tasik Perdana ituu...
Akhirnya... hanya sebahagian saja lah isi novel itu dapat kucernakan dengan baik dlm otak ini..
Selebihnya bercampur baur dengan ingatan2 yang menerawang itu...
Sudahnya semalaman itu aku tak tidoq..
Sedar2 jam sudah pukoi 6.30am.. Tak tau la bila kalanya aku terlena..

Hari ini...
Dek kerana entah pukoi berapa pagi itu baru akh terlena, menyebabkan aku langsung tak dengaq yang kedua2 henpong tu dok berdering dering dalam beg.
Pukoi 11.00am.. Kasihann rakan dari Putrajaya itu, jenuh calling2 nak habaq depa dh ada dpn rumah.. sampaikan depa nak pergi camtu jerr... Alahaiii.. mahapkan sayaaa...
Sy memang tak sedaq... mujur ler bangkit nak p toilet, kalau dak mmg ler taktau depa mai rumah... Dok melayan perasaan yang terlebih melankolik punya pasai, malam tu memang lupa langsung nak confirmkan dan bincang betoi2 dengan depa perihal nak menemani ke Damansara Damai tuu...


Maka... setengah hari PH tadi dihabiskan bersama sama orang Putrajaya. Menemani mrk p ambik barang tempahan di Damansara Damai.
Dan... untuk ke sekian kalinya, ke 1Utama lagiii... heheh
Hajat dihati mereka mau mengajak aku Ke Istanbul bersama Beto, Lisa & Tomok. PH punya pasai, tiket utk waktu yg kami nak itu sudah habis diborong...
Kensel ler jawabnya kann... Berjalan jalan senaman kaki lagi jer ler kita yer.
Tanpa dirancang, mek acu yang la nih dok kemaruk belajaq nak main gitar tu telah terbeli sebijik gitar... Kalau la nih kita ada Yuna, hat budak ini kita namakan Yunos yerrr... hahahaa..
Dah ler memalu cik embun pulak dia nak kandaq gitar tu bawak p parking..
Maria lerr jadi mangsa nampaknya... ;p


~kelihatannya seperti model propesional bergaya dgn gitarnya...~ ;p


Dan... hingga disaat ini..
walaupon tak cukup tidoq semalam, mata masih jua sukar untuk lelap..
Masih lagi terkenang kenang itu dan ini, begitu dan begini..
Beginilah aku... ada masa dan ketikanya, banyakk sangat berpikiaq..
Malas nak terlalu melayan perasaan. Sambung lagi baca novel mek jah ituu..
Hmmmmm... itulah dia cerita, cam hepi sokmonyer endingnya kann..
Macam gud gud sajaa kann... Takkan terpisah la jua nya kannnn...
Walhal hakikat dalam kehidupan sebenaq takkan macam tu punya lerr kannn...
Tapi... entah kenapa, aku baca jugak kannn... hahahaa
Layann saja la yer dakk... sedikit sebanyak dapat gak tempias mood gumbira itu... tak gituuuu... ;p


Hari Esok...
Sebolehnya aku nak mengelak untuk terus terusan memikirkannya..
Seeloknya biarlah kita just go with da flow kata abe Johnny Depp & abe beto aku itu.. hakhakhakk...
Sebenaqnya, adalah tak baik utk kesehatan sebenarnya untuk terus terusan berpikiaq sebegitu rupa...
Tapiii... dah nak buat macam mana kann.. walaupon segila mana pong aku bersama dgn rakan2, dan walau segumbira mana pong aku cuba nikmati dan lalui kehidupan ini..
Ada masa dan ketikanya, memang aku tak dapat nak mengelak diri daripada dibelenggu dengan ingatan ingatan yg sebegitu bermain main di minda...
Al maklum ler kann... aku nie kan seorang Pengingat yang setia..
Apa apa jua menda yang punyai sentimental value yang tinggi padaku, memang takkan la aku nak singkirkannya begitu sahaja...
Dan... itulah lumrah dan asam garam kehidupan.
Suka dan duka silih berganti mewarnai hari.
Suka atau tidak, walau pedih walaupon perit...
Walaupon tahap kelukaan yang maksimum.
itulah hakikat yang harus dilalui.. Hakikat sebuah kehidupan..
Teringat pada kata2 'pakcik' lamaa duluu...
Masalah terbesaq aku adalah aku ini orangnya yg terlalu sukar untuk meluahkan perasaan. Lebih suka memendam dalam hati...
Kerana itu aku dah banyak terlepas sesuatu yg baik dlm laluan hidupku..
Kini, aku dah pandai... aku blajaq meluahkan semuanya di dada2 blog saja. Teknologi dihujung jari katanyer kannn... ahakssss
Walau apapong, mmg ada sesetengah perkara itu tak memungkinkan aku utk menyuarakannya dan lebih senang biarkan ianya berkubur dalam hati saja..
Memang susahhhh + sukar.. ada masa2nya, aku dibelenggu dgn perasaan rendah diri yang menebal.. Esp bila berdepan dgn mrk2 yg segak kacak, cantik lawa, educated, maju jaya jua kayes rayes...
Beginilah aku... memang sukar untuk dipahami... ^_#


Taktau la hari ini mata nie nak lena pukoi berapa pulak nya..
Memandangkan depa semua dh balik daripada bercuti cuti M'sia, harapnya tiada la sesiapa yang mengganggu gugat lenaku nanti *esp anak menakan ku ituu...
Dua tiga hari ini, memang jadual tidoq tunggang langgang jadinya. Jangan nanti terbiasa sampai terbawak bawak tebiat ini dihari bekerja sudah ler naaa..

SaLam Maal Hijrah...


Salam MaaL Hijrah semuaaa...
Hari ini kita cuti-cuti lagiiii...
Apa plan anda2 semua?
Apa matlamat @ azam sempena tahun baru ini?

Bagi aku...
Aku harap dan aku mau menjalani hidup dengan sebaik yang boleh, menjadi sebaik yang boleh (hat nih memang ler teramat ler sukar kann...)
Walaupong adakalanya ku rasakan hidup ini memang tiada yang indahnya..
Aku tetap mau berharap agar aku dapat hidup dengan lebih lama lagi...
Dihiasi dengan perkara2 yang tak sia sia...
Disayangi dan disenangi oleh orang orang sekelilingku...